Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma)
atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang
berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di Negara-negara Arab dan mempunyai
berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan
Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan
penduduk di Negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah
dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang
digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu
dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan
utama Baginda Rasulullah s.a.w.
Kelebihan kurma berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “ Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak.
“ Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah
yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim
bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w
bersabda: “ Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal
daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang
tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang
dikurniakan Allah s.w.t sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma
pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat
yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh
Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa a.s. sebagaimana
tersebut di dalam surah Maryam ayat 25:
“ Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat
buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah
memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah
selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang
kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa
perubatan cara Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a.w bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan
keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,
tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oelh dunia antarabangsa. Malah
ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai
campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat
di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu
ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan
memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga
berperanna dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan
sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa
kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian
anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai
hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu
yang hamil dan barang siapa yang memakan buha tamar tersebut semasa
hamilnya, maka anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang
penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika
melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah
s.a.w. menganujurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma
sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud:
Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan
beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat
kurma, maka Baginda Rasulullah s.a.w. akan berbuka puasa dengan beberapa
biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa
teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa
hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata:
“ Rsulullah s.a.w. berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak
mendapatkannya makan hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya
air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma:
Maksudnya : Daripadanya Adiy bin Hatim,
ia berkata : “ Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Hindarilah
api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah
kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma
kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan
kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma
adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka
khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat
kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan
kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan
dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment